PENGETUA






PUAN HAYATI BT HASSAN

PENGETUA SMK TAMAN MELATI



BIDANG TUGAS PENGETUA
  • Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan  pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
  • Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
  • Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
SENARAI TUGAS PENGETUA
Pengurus Kurikulum —Kerja Ikhtisas
  • Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan.
  • Menentukan sasaran sekolab, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.
  • Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
  • Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk erancangan dan tindakan susulan.
  • Menyelia dan mencerap proses P& P.
  • Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar,Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa.
  • Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
  • Menentukan keberkesanan pengguna PSS.
  • Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
  • Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
Pembangunan Diri Pelajar
  • Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.
  • Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.
 Pengurusan dan Pembangunan
  • Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.
  • Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
  • Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
  • Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
  • Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.
  • Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
  • Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
  • Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
  • Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
  • Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
Pengurusan Personal
  • Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta sokongan dilaksanakan.
  • Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
  • Menentukan tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
  • Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkbidmatan di bawah bidang kuasa
  • Menjaga kebajikan pegawai.
 Kewangan
  • Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
  • Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan  punca-punca kewangan SUWA,KERAJAAN.
  • Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
  • Mengawal stok dan harta benda sekolah.
Kemudahan Fizikal
  • Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran dalam keadaan baik.
  • Mempertingkatkan keceriaan sekolah.
  • Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
  • Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
  • Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselainatan harta benda sekolah.
Pembangunan Organisasi dan Diri
  • Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
  • Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan  potensi diri.
  • Mengawal “Experiences” berdasarkan pemerhatian,data dan seliaan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan “Learning Experiences” pelajar.
  • Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
  • Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
Pembangunan Kendiri
  • Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
  • Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan seko1ah (R&D).
  • Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
  • Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
  • Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
  • Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.
  • Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian / Jabatan dan Agensi-agensi Iuar.
  • Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.